Pengikut Setiaku :)

Thursday, March 8, 2012

Destinasi Cinta



Buatku, seorang hamba..
hanya Dia..
mengetahui segalanya..

Di tengah-tengah perjalanan ini, aku cuba memperbaharui dan merombak asas destinasi cinta itu. Kita bukan mencari pasangan untuk memenuhi kepuasan kita. Kita sebenarnya mencari pasangan untuk membantu kita menggapai redhaNya. Lalu akhirnya, matlamat kita adalah redhaNya.

Andai dengan membawa matlamat ini sekemas mungkin, mempersiapkan diri dengan sebaiknya demi memenuhi tuntutan matlamat ini, namun akhirnya hubungan yang diimpi tidak kesampaian. Maka, tidak perlu memanjangkan kesedihan kerana bukan sesiapa matlamat kita. Matlamat kita adalah redha Allah.

Dia Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Menyayangi. Maka kalau cinta dibangunkan atas keyakinan dan kepercayaan padaNya, kenapa perlu bersedih dengan segala keputusanNya kan ? Bukankah Dia yang mengatur segala ?

Setelah pelbagai yang dilalui, di sinilah terlihat, cinta itu bukan dasarnya suka. Tidak juga asasnya kasih sayang. Cinta asasnya iman kerana ia fitrah kehidupan. Lantas, aku serahkan pada yang Membolak-balikkan hati manusia. Ini bukan fantasi yang selalu happy ending, bukan juga novel yang ada penamat. Ini kisah kehidupan yang masih berjalan. Sekurang-kurangnya diri telah cuba berusaha mencari yang mampu bersama untuk menggapai redhaNya. Natijahnya? Semua di tanganNya. Pencipta kepada cinta.

yang ku harap cinta hingga ke syurga..
cinta yang dapat merentasi akhirat..
cinta yang dapat melepasi Titian Sirat..

No comments:

Post a Comment